Pemimpin HAMAS bertemu pemimpin Ikhwan al-Muslimin di Kaherah
Menurut sumber daripada Kaherah, 23/5/ 2005 – Para pemimpin HAMAS yang telah bertemu dengan pimpinan gerakan al-Ikhwan al-Muslimin di sini usai pertemuan mereka dengan pihak-pihak perjuangan Palestin di atas tajaan kerajaan Mesir. Laporan tersebut disahkan oleh orang nombor dua di dalam Maktab Irsyad gerakan ikhwan, Muhammad Habeeb kepada wakil palestine-info hari ini.
Pertemuan di antara wakil HAMAS yang diketuai oleh ketua biro politik HAMAS, Khaled Misha’al dan juga pimpinan maktab Irsyad Ikhwan yang diketuai oleh Mursyidul Am gerakan tersebut, Muhammad Mahdi Akef disifatkan sebagai membuahkan hasil dan diwarnai dengan ruh ukhuwwah dan perjuangan. Pada asalnya pertemuan itu hanya dijadualkan hanya untuk makan tengahari bersama di antara para pimpinan, kemudaiannya bertukar menjadi satu pertemuan yang dipenuhi dengan perbincangan hal-hal yang serius dan membuahkan hasil.
HAMAS, menurut Habeeb telah memberikan jaminan bahawa penglibatan mereka di dalam pilihanraya legislatif di pertengahan tahun ini tidak akan menjadikan mereka sebuah parti politik semata-mata dan meninggalkan perjuangan menentang penjajahan. Prinsip HAMAS ini telah disambut baik oleh gerakan Ikhwan dengan bersumpah untuk terus bersama memperjuangkan isu Palestin di peringkat antarabangsa dan akan terus memberikan sokongan moral dan politik kepada HAMAS. Habeeb juga menafikan khabar angin yang mengatakan gerakan Ikhwan telah memaksa HAMAS melucutkan senjata dan bertukar menjadi sebuah parti politik semata-mata.
Muhammad Mahdi Akef, menurut Habeeb menekankan agar HAMAS sentiasa berjuang untuk menyatukan pihak-pihak yang wujud di Palestin dan sentiasa menjadi rujukan bagi mereka di dalam menyelesaikan permasalahan mereka dan juga menyatukan usaha pembebasan Palestin daripada penjajahan rejim Zionis
Posted at 06:13 pm by alkhakimiy
Permalink
ketika cahaya mentari menyinari alam
ketika hati kian di landa duka
tiada siapa tahu keluhan hatiku
hatiku bagaikan dibawa arus
angin yang tiada penghujung....
Dimana...dimana...
perjalanan yang harus aku tempuhi
umpama melintasi jalan yang penuh
berliku dan tergelam di lembah
gersang....
Tuhan............
hanya engkau yang pemberi aku jalan lurus
bila hatiku yang sedang di tekuk
ragu dan harapan yang berbentuk
yang kian hari seakan melapuk,
Tuhan...........
kuatkanlah semangatku dan keimananku
kuatkanlah jua kesabaranku
akan kehidupan dan penghidupanku
agar tak tertipu oleh rayuan durjana
yang membawa kejurang kesengsaraan.....
Nukilan : eboyzsmupm99/akhi nur najwa
(Ahmad-zaqazig)
Posted at 05:25 am by alkhakimiy
Permalink