Nov 9, 2005
TUMPASNYA SEORANG PERAGUT DI MASJID MAKMURIAH




Kisah  ini  merupakan  suatu  kisah yang benar-benar berlaku iaitu beberapa
beberapa  hari  sebelum  umat  Islam  berpuasa  iaitu  menyambut kedatangan
Ramadhan  1426H  yang  penuh  berkat. Tujuan penulis menceritakan kisah ini
sebagai  pengajaran  kepada  peragut  dan kepada kita semua supaya sentiasa
berhati-hati  apabila  membawa beg tangan, dompet atau beg terutamanya yang
mengandungi barang berharga.


Kebetulan  peristiwa  ini  berlaku  di  sebuah  Masjid  iaitu  Masjid Jamek
Makmuriah  yang  terletak  di  dalam pekan Sungai Besar di Selangor. Lokasi
masjid  ini  amat  sesuai  untuk  masyarakat  Sungai Besar menunaikan solat
secara  berjamaah  kerana  ia  di apit oleh tiga buah sekolah iaitu Sekolah
Rendah  Agama Ehya al-Falah dikiri, Sekolah Kebangsaan Seri Makmur di Kanan
dan  di  belakang  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Sungai Besar. Berhampiran
Masjid  juga  terdapat balai polis, komplek Majlis Daerah Sabak Bernam yang
merupakan pusat pentadbiran.


Sewaktu  Jamaah  Masjid Makmuriah menunaikan solat Zohor iaitu dalam rakaat
kedua,  tiba-tiba  mereka  mereka  dikejutkan dengan jeritan seorang wanita
yang terpaksa membatalkan solatnya kerana beg tangannya dicuri oleh seorang
peragut. Walau bagaimana jamaah masjid tetap meneruskan solatnya.


Di  waktu  itu,  ada  tiga  orang guru dari sekolah berhampiran baru hendak
masuk  ke  masjid  untuk menunaikan solat berjamaah. Mendengar jeritan itu,
mereka  terus  mengejar peragut itu. Peragut itu melarikan diri ke arah SMK
Sungai  Besar  tetapi  malang  tidak  berbau,  mungkin ini hari malang buat
peragut  kerana  setelah  lama  terlepas kali ini tertangkap pula, bak kata
pepatah  sepandai-pandai  tupai  melompat  akhirnya  jatuh  juga  ke tanah.
Peragut itu dapat ditangkap oleh murid-murid sekolah di situ.


Peragut itu kemudian dibawa ke Masjid, kebetulan memang ramai anggota polis
yang  berpakaian  biasa  solat  berjamaah di Masjid Makmuriah. Maka peragut
Melayu  berusia  awal  20-an  itu  dibawa ke balai polis. Setelah diperiksa
terdapat  banyak  kunci  pada  peragut  itu,  mungkin selain meragut beliau
menjalankan  kegiatan mencuri motorsikal dan sebagainya. Sebelum ini memang
ada  berlaku  kehilangan motorsikal dan kejadian pecah kereta semasa jamaah
solat di Masjid.


Kadang-kadang  penulis  terfikir,  di akhir zaman ini orang ke Masjid bukan
semata-mata untuk beribadat kepada Allah SWT tetapi ada juga yang bertujuan
untuk  melakukan  kemungkaran,  jika tidak masakan selipar, kasut, pembesar
suara, tong derma, motorsikal hilang dicuri dan kereta dipecah orang. Malah
peragut  juga  mencari  jalan  mudah  dengan meragut di dalam masjid ketika
jamaah khusyuk solat
.


Di  zaman  Rasulullah  s.a.w. dan para sahabat masjid ditegakkan atas dasar
taqwa dan ia menjadi dasar kepada penegakan masjid-masjid lain kemudiannya.
Masjid yang dididirikan adalah untuk menambat hati agar sentiasa mengingati
Allah  SWT  walaupun  dalam  keadaan  sibuk  mana  sekalipun. Masjid dibina
bertujuan memimpin dan membentuk kegiatan masyarakat.


Semoga  kisah  ini  menjadi  pengajaran  untuk  kita semua, berhati-hatilah
semasa  membawa  barang  berharga  hatta  ketika solat pun kita tidak boleh
lepa.


Wallahu a'lam….


"Sesunggunya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Semesta Alam"


Posted at 10:37 am by alkhakimiy
Make a comment  

(ALKHAKIMIY) alangkah peliknya diri kita ini..????

Alangkah peliknya kita......

Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila
di bawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil
bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama utk berzikir
tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi.

Pelik ya, betapa lamanya 1 jam berada di masjid,
tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton
wayang di panggung.

Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,
dah rasa jemu tp tak pernah puas dengar lagu kesukaan

kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya, dengar iklan jualan murah dlm tv, rasa tak
sabar-sabar nak pergi beli-belah, tp dengar laungan azan
tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya, pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi,
tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak.

Pelik ya, susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan
saat berdoa atau solat, tp betapa mudahnya cari bhn
bersembang dgn kawan-kawan.

Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan
waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran kita,
tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan
bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya, rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran
walau satu halaman, tp majalah hiburan
dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya, ramai org berebut paling depan utk menonton
bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang
bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya, susahnya org mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.

Pelik ya, kita begitu percaya pada yg dikatakan di email
yg layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa
yang dikatakan al-Quran.

Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka
dan surat berantai di email, tapi bila mengirim
yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita…..?
Tepuk dada …… tanyalah hati dan iman.
Renungkanlah……..


Posted at 09:54 am by alkhakimiy
Make a comment  

May 15, 2005
(Alkhakimiy) Mutiara Kata

Syd. Abu Bakar rha. Berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.

· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.

· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.

· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :

· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :

  Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

· Hatinya selalu berniat suci

· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah

· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)

· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah

· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.

· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

wallahuallam


Posted at 08:21 am by alkhakimiy
Make a comment  

May 13, 2005
(alkhakimiy) cara nak jd pandai....=]

Bahan-bahannya:

1) Buku secukupnya
2) Sepinggan Kerajinan
3) Sepinggan Ketekunan
4) Sepinggan Keazaman
5) 3 mangkuk penuh kasih sayang
6) 3 mangkuk penuh keinsafan
7) 5 mangkuk doa
8) Semangkuk kejujuran
9) Secubit dendam (daya saing)
10) Segenggam harapan atau impian
11) Secawan air mata


Hiasan:

1) Sebuah kesyukuran
2) Sekuntum senyuman

Cara Membuatnya:

1. Buku dikupas dah dipotong mengikut subjek,
setelah itu dibasuh dan ditoskan.
2. Buku yang telah ditoskan tadi digaul bersama
sepinggan keazaman yang dihiris halus.
3. Sepinggan ketekunan ditumis terlebih dahulu
sehingga terbit bau kesungguhan dah diasingkan.
4. Campurkan 3 mangkuk penuh kasih sayang dah
5 mangkuk doa bersama buku dan keazaman
yang telah digauk tadi.
5. Tumiskan keinsafan dah goreng sehingga pecah
minyak serta menimbulkan kesedaran, kemudian
masukkan kesemua bahan yang telah digaul tadi
dan goreng sekali dengan api yg perlahan.
6. Tambahkan sepinggan kerajinan yang telah
dipotong dadu.
7. Rasanya pasti akan menjadi lebih lazat dija
dicampurkan dengan semangkuk kejujuran,
masukkan sekali sedikit katekunan yang telah
ditumis.
8. Masukkan secubit dendam (daya saing)
bersama segenggam harapan atau impian. Kacau
perlahan-lahan hingga sebati.
9. Apabila sudah masak (berjaya), rasailah
keenakannya (hasil) jika kurang enak (kurang
berjaya) tambahkan ketekunan secukup rasa.
10. Masak lagi (usaha lagi) sehingga empuk
(berjaya), kemudian sejukkan (kepuasan).
11. Seterusnya bolehlah dihidangkan dan dihiasi
dengan sebuah kesyukuran dan sekuntum
senyuman.
12. Selamat mencuba!!


Oleh: Syaukanie Habbatus Sauda'

Posted at 08:49 pm by alkhakimiy
Comment (1)  

May 1, 2005
Hikmah Sujud

Hikmah sujud antara lain ialah :
 1- Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion  for breathing).
 2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asal.

 
 Bernafas ketika sujud akan :
 1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit  dari tempat asalnya
 2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band  womb)
 3- Melegakan sakit hernia
 4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
 5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lungs)
 6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN (limpa)
 7- Kedudukan sujud paling baik utk berehat dan  mengimbang lingkungan  bahagian belakang tubuh
 8- Meringankan bahagian PELVIS
 9- Memberi dorongan untuk mudah tidur
 10- Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud  dan bangun darinya
 11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang  baik (smooth blood  circulation)
 12- bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi utk menyusukan bayi dan terhindar dari  sakit buah dada.
 13- Mengurangkan kegemukan
 14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita  bersalin, organ peranakan mudah  kembali ke asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (connvulsions)
 15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak  bekalan darah dan  oksigen.
 16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba2 menerima pompa darah ke
 otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF  BLOOD  VESSELS dan ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
 17- Kesan psikologi adalah dgn merasa rendah diri di  hadapan Pencipta,  sifat sombing, riak, takbur dapat dikikiskan.


 Insyaallah...


Posted at 12:09 pm by alkhakimiy
Make a comment  

Apr 21, 2005
(alkhakimiy) kenapa Christin masuk Islam?...episod ke-3

Anak Masuk Islam

Keranana sering berhubungan dengan Ustaz, Christin merasa sudah meraih ketenangan batin yang selama ini ia cari. Lantas, tertarikkah Christin pada Islam? "Waktu itu saya hanya mencari ketenangan, bagaimana pun caranya. Dalam agama kristian saya tidak berhasil mendapatkan ketenangan di kala jiwa saya kalut, keluarga pun hampir berpecah," jawabnya ringkas.
Tapi suatu ketika, Christin mengetahui anak lelakinya yang nomor tiga (Paulus) masuk Islam, bahkan ingin masuk pusat pengajian pondok. Kepada ibunya, Paulus mengaku merasa tenang apabola solat. Tanpa pikir panjang, Christin pun mencari tahu, apa yang membuat belahan hatinya itu merasa tenang dan hatinya menjadi tenteram.
Sebagai seorang ibu yang membesarkan anaknya. pantas bila ia menanyakan apa yang dirasakan anak lelakinya setelah masuk Islam. Sebab, pindahnya Paulus ke Islam, merupakan tamparan yang hebat. la harus membayar mahal itu semua.

"Selelah kamu masuk Islam apa yang kamu rasakan?" tanya Christin.
"Seperti beban berat kalau kita lepaskan, akan menjadi ringan. Atau seperti saat kita dahaga, setelah meneguk air yang sejuk, rasa dahaga itu pun akan hilang," jawab Paulus yang berencana masuk pusat pengajian pondok untuk belajar Islam lebih dalam.

Mendengar itu, spontan hatinya berkata, "Sebelum anak saya ke pusat pengajian pondok, saya harus memeluk Islam. Kata hati itulah yang kemudian saya sampaikan pada Ustaz. Saya tidak mahu anak saya jalan sendiri. Terlebih saat dia mengatakan, solat membuat hatinya tenang dan merasakan kenikmatan tersendiri. Itu berarti, anak saya telah meraih kenyamanan. Bila memang demikian, saya harus ikuti jejaknya," aku Cristin.

Tepat 29 Februari 2004 lalu, Christin bersama anak bungsunya Andreas Calvin (kelas VI SD) secara rasmi menjadi Muslimah. Di Masjid Al Jabbar, Jatibening Estate, ia mengucapkan syahadat dibimbing Ustaz Iriansyah. "Setelah saya masuk Islam, saya bertekad untuk mampu solat lima waktu. Meski solat saya masih sebatas gerak, dan belum boleh bahasa Arab, saya akan terus belajar. Bagi saya, solat adalah kunci kehidupan, di samping membuat hati saya menjadi tenang."

Suami Insaf

Berjalan tiga bulan, sang suami minta didoain dan diajarkan shalat. Mendengar itu Christin terkejut seraya tersenyum kecil. "Inikah pertanda hidayah baginya? Oh, ternyata diam-diam suami saya suka memperhatikan saya solat. la seperti melihat cahaya terang di sekitar wajah saya. Maklum, suarni saya pernah belajar ilmu kebatinan, sehingga ia boleh membezakan cahaya biasa dengan cahaya ilahi. Singkat cerita, suami saya minta disyahadatkan oleh Ustaz Iriansyah. "Selama 18 tahun, rasanya saya baru mengenal suami saya belakangan ini, terutama sejak ia masuk Islam. Akhlaknya hari demi hari semakin baik,': tutur Christin Siti Khadijah bahagia.


Posted at 06:49 am by alkhakimiy
Comment (1)  

Apr 18, 2005
(alkhakimiy)kenapa Cristin masuk Islam?...episod ke-2


Siang itu, kata-kata pedas menyambar telinga Christin. Tanpa diduga, kemarahan Samuel membuat ia menimbang kembali keputusan cerainya. Terlebih, saat Samuel berkata perlahan, "Saya memang senang tinggal dengan Oma, tapi sesenang-senangnya, saya lebih baik hidup susah sama Mama. Asalkan jangan ada perceraian," tambahnya.
Sehabis ribut dengan putra sulungnya, Christin dihadapkan lagi dengan berita kaburnya anaknya yang nomor tiga, Paulus, dari asrama Katolik. Bumi seperti terguncang, langit seakan runtuh ketika Christin mendengar itu semua.

"Di saat menghadapi masalah hidup yang rumit, saya memerlukan kekuatan dari dalam. Sebagai manusia biasa, saya betul-betul tak berdaya. Apa pun dan bagaimana pun caranya, saya harus meraih ketenangan itu. Setidaknya, sudah beberapa aliran Kristiann saya masuk. mulai dari Tiberias, Bahasa Roh, Saksi Jehovah, hingga Pantekosta," ujar ibu kelahiran Jakarta 17 Februari 1964 ini.

Sejak kecil, Christin yang lulusan D3 Akademi Perbankan, dibesarkan di lingkungan Katolik yang taat. Sebagai 'Katolik Keturunan' ia merasa tidak puas dengan ajaran yang dianutnya. la terlalu kritis dengan konsep dan doktrin ajaran agamanya. Tidak aneh, bila kemudian ia selalu  berpindah dari aliran yang satu ke aliran yang lain. Namun, dari beberapa aliran Kristian itu, tidak satu pun yang membuatnya tenang. Justru semakin terumbang-ambing.

cerita dengan Ustaz

Dalam situasi hidup yang penuh tidak pasti, Christin selalu berdoa kepada Tuhan agar diberi petunjuk dan jalan yang benar, Entah angin apa yang mempertemukan dirinya dengan Ustaz muda (32) bernama Iriansyah, Januari lalu. "Ada dorongan kuat yang membuat saya mendatangi Ustaz muda itu. Saya betul-betul cerita habis. saya fikir; siapa lahu ustaz bisa membantu. Sebelum cerita saya bilang: Ustaz tidak perlu kasih komen. Cukup dengarkan saja keluhan saya, Ustaz pun setuju."

Dari awal hingga akhir, Ustaz Iriansyah menjadi pendengar sejati, sekalipun Christin bicara panjang lebar tentang backgroundnya. sesekali terdengar suara isyak dan desahan nafas panjang. "Terus terang: saya tidak tahu mana yang benar. Mana yang salah. Kalau memang suami tidak boleh membawa kebahagiaan pada saya, biar Tuhan ceraikan saya. Tapi saya berharap perceraian ini tidak terkesan pada anak-anak saya. Dan kalau memang pada akhirnya saya berlanjut dengan suami saya, terus terang, badan ini rasanya tidak kuat lagi menanggung beban. Saya tahu mati itu urusan Tuhan, tapi kalau saya sakit atau gila, siapa yang hiraukan saya. Sehat saja seperti ini, apalagi sakit. Yang jelas, bukan sekali saya berniat bunuh diri" cerita istri Solas Hasibuan ini sedih.

Setelah bercerita dengan Ustaz, Christin mengaku jiwanya merasa agak polong. Kerananya, di hujung cerita, ia minta saran pada Ustaz agar diberi jalan keluar. Lalu apa jawab ustaz? "Ustaz sempat terdiam. Dan, sepertinya dia tak punya jawapan dan solusi yang tepat dengan masalah  hidup saya yang tunggang-langgang ini. Tapi sebagai Ustaz ia tetap berusaha menenangkan saya. la hanya menyarankan, agar saya membaca Ya Allah..Ya Allah seratus kali setiap malam sebelum tidur, meski ia tahu saya bukan Muslimah. Ustaz mengaku tidak boleh berbuat banyak, tapi mungkin Allah punya rencana sendiri, katanya.

"Malam harinya, saya cuba baca Ya Allah..Ya Allah seratus kali seperti disarankan Ustaz. Bukan hanya menjelang tidur setiap desah nafas, saya lafazkan nama itu, meski saya masih seorang Katolik, selepas  hari ketiga, saya bermimpi diberi air putih dan jernih pada sebuah gelas. Saya bisa merasakan sejuknya air itu bila diteguk."
Keesokan harinya, Christin bertanya pada Ustaz tentang makna mimpinya semalam. Tapi Ustaz tidak memberi jawaban. la hanya mengatakan tidak tahu, dan meminta Christin terus melafazkan Ya Allah..Ya..Allah. "Apa yang Ustaz sarankan, saya patuhi. Walhasil, saya seperti memiliki kekuatan tersendiri. Meski suami tak lagi memukul saya, tapi bicaranya masih kasar. Seiring perjalanan waktu, proses hidup pun terus berjalan. .......bersambung ...


Posted at 03:23 pm by alkhakimiy
Make a comment  

Apr 15, 2005
(Alkhakimiy) Mengapa Christin Memilih Islam-episod-1

"Setiap kali datang kesusahan, aku mengadu kepada-Nya. Setiap hatiku sedih, kupanggil nama-Nya, Ya Allah..Ya Allah, sebanyak-banyaknya.Ketika kusebut nama-Nya, hatiku merasa tenang, beban berat yangkurasakan menjadi ringan. Biarlah masa lalu tinggal cerita, hanya kepada-Nya kupasrahkan segalanya."

BEGITU PERASAAN Christin yang terdalam. kala mengenang masa lalunya yang gelap. la teringat rurnah tangganya sempat diterjang "badai" yang sangat hebat. Rapuh, itu sudah pasti. Apalagi setelah menyadari kudratnya sebagai perempuan biasa, ketidakberdayaan itu tak bisa ia hindari. Bukan sesekali, Christin ingin lari dari kenyataan yang sesungguhnya. la ingin sek terbang jauh, tanpa peduli anak-anaknya rnengiba, menjerit tanpa henti. Ketika beban hidup nyaris tak terselamatkan lagi, ternyata Tuhan punya rencana lain, yang tak diketahui manusia mana pun Tuhan masih merangkul Christin yang rapuh, tatkala ia harus memutuskan perkara besar dalam rumah tangganya bercerai dengan suarninya yang dianggapnya begajul waktu itu.

Selama 18 tahun, Christin mengarungi bahtera rumah tangga bersama suami dan keempat anaknya (Samuel, Maria. Paulus, dan Andreas) hingga tumbuh dewasa. Namun dalam perjalanan hidupnya, ia tak sebahagia seperti yang didambakan setiap wanita umumnya. Betapa tidak, Christin harus menghadapi perilaku suami yang pemabuk, "tukang main" perempuan, bahkan seringkali memukul dirinya hingga terluka. Bisa dibayangkan, beban yang dirasakan wanita setengah baya ini: rasa takut, pikiran kacau, dan hati yang tak tenang.

Kala hasrat perceraian itu kian menguat, naluri ibu dalam diri Christin pun muncul. la berpikir seribu kali untuk menentukan pilihan hidupnya yang ruwet. Kalau saja ia ibu yang egois, barangkali sudah dari dulu ia bercerai dengan suaminya. Lantas, apa yang membuatnya bertahan hidup dan mengurungkan perceraian dengan suarninya itu? Apalagi kalau bukan faktor anak. la teringat ketika mendengar protes dan kemarahan Samuel, anak sulungnya (kelas 3 SMA) begitu tahu orang tuanya akan berpisah. Waktu itu Samuel bilang begini, "Saya kan tidak pernah minta dilahirkan, Mama. Kalau Mama-Papa cerai, kami anak-anak jadi korban. Bukan hanya saya: tapi juga adik-adik saya jadi korban. Sekali lagi, apakah kami minta dilahirkan ke dunia? Sementara Mama korbankan hidup kami. Sepanjang perjalanan hidup kami, Mama hanya mencari kepuasan dan kesenangan sendiri. Bagaimanapun Papa-Mama adalah orangtua saya. Kami anak-anak berharap, jangan sampai ada perceraian. Jadi pikirkanlah kami, Ma," ujar Christin menirukan kemarahan Samuel. Se lama ini Samuel tidak tinggal dengan mamanya. Dia tinggal bersama omanya (neneknya).

Siang itu, kata-kata pedas menyambar telinga Christin. Tanpa diduga, kemarahan Samuel membuat ia menimbang kembali keputusan cerainya. Terlebih, saat Samuel berkata perlahan, "Saya memang senang tinggal dengan Oma, tapi sesenang-senangnya, saya lebih baik hidup susah sama Mama. Asalkan jangan ada perceraian," tambahnya.
Sehabis berbalah dengan putra sulungnya, Christin dihadapkan lagi dengan berita kaburnya anaknya yang ketiga, Paulus, dari asrama Katolik. Bumi seperti tergoncang, langit seakan runtuh ketika Christin mendengar itu semua...................................BERSAMBUNG.....


Posted at 03:52 pm by alkhakimiy
Make a comment  

Apr 12, 2005
(Alkhakimiy)..Sakit itu Nikmat


 Manakah yang berasal dari Tuhanmu itu yang kaubedakan?

 
Sakitkah...atau sehatkah ?
Susahkah...atau senangkah ?
Sedihkah...atau gembirakah..?
 
Apakah engkau melihat objek yang kauterima...??
Maka akan tampak olehmu...
Kegembiraan jika menyenangkan...
Kesedihan jika menyakitkan...
Kebahagiaan jika keinginanmu terpenuhi..
Kekecewaan jika kemauanmu tak tercapai...
 
Atau ...
 
Apakah hanya subjek pemberi saja yang kau pandang ??
Begitu engkau tahu dari siapa sesuatu itu...
Begitu engkau akan berterima kasih pada apa yang telah diberikanNya....
 
Nabi Ayub berterima kasih atas sakit yang dideritanya
sebab itu pemberian dari sang Maha...
Nabi Ayub pun berterima kasih atas kekayaan setelah itu..
Sebab itupun pemberian dari sang Maha...
 
Nabi Sulaiman berterima kasih atas kekuasaannya yang dititipkan kepadanya,
Sebab itu dari sang Maha...
Dan ia pun berterima kasih atas kelemahan yang diberikan kepadanya
Sebab itu adalah pemberian sang Maha...
 
Nabi Muhammad berterima kasih atas semua penderitaan yang dialaminya...
Sebab itu semua dari sang Maha...
dan Nabi Muhammad berterima kasih atas semua kenikmatan selama di dunia,
sebab itu semua juga dari sang Maha
 
Majnun merawat anjing-anjing yang datang dari desa kekasihnya..Laila
Dan ia pula yang merawat semua yang berasal dari desa kekasihnya
Bagaimana tidak,
ia hanya melihat bahwa semua itu datang dari desa kekasihnya
 
Dzunnun al Misrhi pernah berkata kepadaku....
"Datanglah kamu kepada kekasihmu...
Jika tidak bisa dari jalan Rohman RohimNya...
maka...
Datangilah dari jalan MurkaNya..."
 
Sungguh...
"MurkaNya lebih membahagiakan daripada ketidak pedulianNya"
 
(kutipan dari "Cinta Pohon Tamar")

Posted at 10:12 am by alkhakimiy
Make a comment  

Apr 5, 2005
KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

 


Posted at 06:59 pm by alkhakimiy
Make a comment  


Next Page

   


November




















Web Counter
TETAMUb>
Free Calendar from Bravenet.com Free Calendar from Bravenet.com


<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


RADIO IKIM
This browser appears to be unable to display clips inline the player.<br /><a href="mms://cyberstream.mmu.edu.my/ikimfm" rel="nofollow">&gt;Play the clip in Windows Media Player</a>


BERITA HARIAN HARI INI

Muka Depan

Berita Nasional

Berita Dunia

Berita Sukan

Berita Ekonomi

Berita Agama

Berita Hiburan





LINK



(Berita/Ilmiah/Sukan/Software)
[
HarunYahya] [Space Imaging]
[WEF] [Islam.com] [Al-Islam]
[IslamOnline] [MuslimHeritage] [NASA] [PMRAM]
[Blogdrive] [Alarabiya]
[Utusan] [Harian] [Harakah]
[H Metro] [Aljazeera] [Jalinan]

(SAHABAT)
[BaitNujum] [Kema] [Wan Z]
[Thurayya] [Syazana] [AkhiMasrawi]
[WoK's] [ZulPahang] [SadiQ]
[Zulnasri]



TAZKIRAH Wahai anakku,tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir.Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara,iaitu tipis keyakinan (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya(keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya
- Luqman Hakim-
Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh ditepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah - Saidina Abu Bakar As-Sidiq Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong.Namun pandangan mata,hayunan kedua belah tangan,langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah - Khalifah Ali bin Abi Talib Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yangt dilakukan akan terus kekal - Saidina Ali b.Abi Talib


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed